Khamis, 7 Julai 2011

japaneese cotton cheese cake

akhirnya menjadi juga cheese cake ni walaupun first time buat...thank pada dapur kak zu...izinkan share resepi ye

JAPANESE COTTON CHEESE CAKE WITH TOPPING

Gula Halus (140 gm)
Putih Telur (6 biji)
Cream of Tartar (1tsp )
Mentega (50 gm)
Krim Keju (250 gm)...cheese cream
Kuning Telur (6 biji)
Susu Segar (100 ml)
Jus Lemon (1 sudu besar) kkzu tk letak sbb suke rase ori cheese tu aje
Tepung Kek (60 gm)
Tepung Jagung (20 gm)

Directions:

1. Cairkan krim keju, mentega dan susu di atas air (double boiler). Biarkan sejuk sedikit. Campurkan tepung jagung, tepung kek dan kacau sehingga ia sebati. Tambahkan kuning telur dan jus lemon.

2. Pukul putih telur dengan cream of tartar dan gula halus sehingga kembang.Hingge jadik MERINGUE.

3. Campurkan 1 dan 2.Gune kaedah kaup balik aje.

4. Masukkan adunan ke dalam acuan yang disediakan dan ditabur tepung @ letak gris @ sedikit minyak dan lapik kertas.

5. bakar (steam bake) pada suhu 160'C selama 1 jam 10 minit.

TOPPING...

non dairy whipping cream 300 ml (putar di tempat yang sejuk )...putar hingge kental...lepe (sapu ) aje pde kek..

Isnin, 21 Mac 2011

ikan pindang

resepi ni warisan ibu kesayangan. masa belajar dulu kawan2 selalu suruh msk ikan ni


bahan:
4 ekor ikan (kembung, selar,selayang)
6 batang serai
6 helai daun kunyit muda
1 sudu teh lada hitam
5 biji cili padi (kalau nak pedas tambah lagi)
1 inci kunyit hidup
4 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih

minyak masak secukupnya
garam secukup rasa
1 or 2 biji limau kasruri(jus) atau blh guna air asam jawa atau asam keping.

Cara-caranya
1. hiris halus serai dan daun kunyit
2. tumbuk semua bahan sampai lumat tapi jangan terlalu lumat
3. lumurkan pada ikan dan tambah sedikit air,garam
4. perah jus limau atau air asam jawa/asam keping
5. masukkan dalam kuali, masak dengan api yang kecil dan tutup
6. Apabila air dah sedikit,masukkan sedikit minyak masak
7. masak sebentar dengan api yang kecil sehingga naik bau
8.dah masak. terpulang pada anda nak garing atau berkuah sedikit


saya lebih suka kalau ikan ni tak begitu garing kerana rempah2 tu tidak garing dan rasanya lebih enak.

selamat mencuba

Jumaat, 18 Mac 2011

kuih puteri ayu

ni kuih yang pertama aku buat dengan jayanya, hasil tunjuk ajar bonda mertua Hjh puziah. terima kasih mak.

Puteri Ayu

bahan-bahan A
1 biji kelapa parut (putih/muda)
secukup rasa garam
sedikit minyak masak

*** sapukan acuan dengan sedikit minyak masak
gaulkan kelapa dengan garam, secukup rasa, jangan masin sangat
tekap or sumbat dalam kelapa sampai padat, kira2 1/2 inci

bahan-bahan B
3 biji telur
1 cawan gula
1 cawan santan + pandan+ warna hijau
2 cawan tepung gandum
1/2 camca besar ovellette
1/2 camca teh baking powder

cara:
pukul telur dengan gula sampai kembang
masukkan baking powder, ovellette dan kacau sebati
masukkan santan dan kacau lagi
masukkan tepung dan kacau hingga sebati
tuang adunan ke dalam acuan yang berisi kelapa tadi
kukus selama 10- 15 minit

*** blend pandan dan santan serta warna hijau, tapis br masukkan ke dalam adunan

selamat mencuba

Khamis, 17 Mac 2011

petua atasi selsema anak

kesian plak tengok akid selsema. dh bw g klinik still tak baik jg. so aku cuba pelbagai petua untuk atasi masalah selsema. pelbagai petua dari pelbagai sumber internet, majalah, orang. api satu yang aku rasa berkesan tapi tak ingat dari sumber mana.sebab dah lama.

petua atasi selsema

celupkan jari dalam sedikit minyak masak, dan sapukan di ubun2 anak selepas mandi pagi dan petang.
untuk keberkatan lagi, sambil berselawat.
insyaallah... selsema akan hilang

Ikan pari bakar

Resepi ni aku buat sendiri, sebab dah banyak kali buat ikan pari bakar, air asam yang aku buat mesti tak menjadi. pendek kata tak sedap. Satu hari aku dapat idea mcm mana nak mkn ikan bakar tanpa air asam
so aku cuba buat resepi ni dan menjadi.

Ikan pari bakar

Bahan:
2 potong ikan pari( aku potong kepada beberapa bahagian kecil)
sedikit serbuk kunyit dan garam
cara: lumurkan garam dan kunyit dengan ikan
bakar atau aku biasa buat letak je atas pan kat dapur gas.
untuk dapatkan ikan yang garing sikit dan kuning yang cantik, aku guna minyak zaitun dan tutupkan pan.

bahan pes:
1 sudu cili kering kisar
3 ulas bawang besar or merah
2 ulas bawang putih
3 batang serai ( dihiris halus)
1 inci kunyit hidup
5 helai daun limau purut ( potong kecil2)
2 biji limau kasturi ( ambil jusnya)( blh guna air asam jawa
1 sudu besar kicap manis
gula, garam secukup rasa
minyak untuk menumis


blend serai, bawang putih, bawang merah, kunyit hidup.
panaskan minyak, dan tumis bahan blend dengan cili kering
mskn grm, gula secukup rasa
biarkan sampai pecah minyak, mskkan jus limau,kicap n daun limau purut
bila dah naik wangi dan cukup rasa
masukkan ikan bakar tadi kedalam pes dan gaul sebati

so.. ikan bakar ni tak perlukan air asam lagi kerana ia dah cukup rasa

resepi ayam masak kicap han

Resepi ni aku dapat masa pergi majlis kahwin kawan aku kat pasir mas. hidangan ayam kicap tu sedap sangat, aku pun tanya mek kawan aku, han. mcm mana nak masak. sekarang ni, ayam masak kicap tu antara masakan aku yang suami aku suka.

resepi ayam msk kicap

bahan:
1 ekor ayam (potong 12)
2 inci halia
5 ulas bwg besar
segenggam cili kering ( ikut suka nak pedas or kurang)
1 kulit kayu manis
2 bunga lawang
kicap manis
kicap cair( kalau nak kuah sikit)

cara-cara:
1.lumurkan ayam dengan kunyit dan sedikit garam,
2. goreng ayam jangan sampai terlalu garing, angkat
3. goreng bawang besar dan cili kering dengan minyak yang agak banyak, bawang dah kuning angkat.
4. Blend bwg besar dan cili kering dengan sedikit air
5. tumiis halia,unga lawang, kayu manis, dah wangi, masukkan bahan yang di blend
6, tunggu samapai pecah minyak, masukkan kicap, ayam goreng tadi.
7. kacau dan biarkan sebati
8. blh tambah daun limau purut untuk lebih wangi.

sedap bila dimakan panas... selamat mencuba!!!!