Isnin, 21 Mac 2011

ikan pindang

resepi ni warisan ibu kesayangan. masa belajar dulu kawan2 selalu suruh msk ikan ni


bahan:
4 ekor ikan (kembung, selar,selayang)
6 batang serai
6 helai daun kunyit muda
1 sudu teh lada hitam
5 biji cili padi (kalau nak pedas tambah lagi)
1 inci kunyit hidup
4 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih

minyak masak secukupnya
garam secukup rasa
1 or 2 biji limau kasruri(jus) atau blh guna air asam jawa atau asam keping.

Cara-caranya
1. hiris halus serai dan daun kunyit
2. tumbuk semua bahan sampai lumat tapi jangan terlalu lumat
3. lumurkan pada ikan dan tambah sedikit air,garam
4. perah jus limau atau air asam jawa/asam keping
5. masukkan dalam kuali, masak dengan api yang kecil dan tutup
6. Apabila air dah sedikit,masukkan sedikit minyak masak
7. masak sebentar dengan api yang kecil sehingga naik bau
8.dah masak. terpulang pada anda nak garing atau berkuah sedikit


saya lebih suka kalau ikan ni tak begitu garing kerana rempah2 tu tidak garing dan rasanya lebih enak.

selamat mencuba

Tiada ulasan:

Catat Ulasan