Khamis, 17 Mac 2011

Ikan pari bakar

Resepi ni aku buat sendiri, sebab dah banyak kali buat ikan pari bakar, air asam yang aku buat mesti tak menjadi. pendek kata tak sedap. Satu hari aku dapat idea mcm mana nak mkn ikan bakar tanpa air asam
so aku cuba buat resepi ni dan menjadi.

Ikan pari bakar

Bahan:
2 potong ikan pari( aku potong kepada beberapa bahagian kecil)
sedikit serbuk kunyit dan garam
cara: lumurkan garam dan kunyit dengan ikan
bakar atau aku biasa buat letak je atas pan kat dapur gas.
untuk dapatkan ikan yang garing sikit dan kuning yang cantik, aku guna minyak zaitun dan tutupkan pan.

bahan pes:
1 sudu cili kering kisar
3 ulas bawang besar or merah
2 ulas bawang putih
3 batang serai ( dihiris halus)
1 inci kunyit hidup
5 helai daun limau purut ( potong kecil2)
2 biji limau kasturi ( ambil jusnya)( blh guna air asam jawa
1 sudu besar kicap manis
gula, garam secukup rasa
minyak untuk menumis


blend serai, bawang putih, bawang merah, kunyit hidup.
panaskan minyak, dan tumis bahan blend dengan cili kering
mskn grm, gula secukup rasa
biarkan sampai pecah minyak, mskkan jus limau,kicap n daun limau purut
bila dah naik wangi dan cukup rasa
masukkan ikan bakar tadi kedalam pes dan gaul sebati

so.. ikan bakar ni tak perlukan air asam lagi kerana ia dah cukup rasa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan