Jumaat, 18 Mac 2011

kuih puteri ayu

ni kuih yang pertama aku buat dengan jayanya, hasil tunjuk ajar bonda mertua Hjh puziah. terima kasih mak.

Puteri Ayu

bahan-bahan A
1 biji kelapa parut (putih/muda)
secukup rasa garam
sedikit minyak masak

*** sapukan acuan dengan sedikit minyak masak
gaulkan kelapa dengan garam, secukup rasa, jangan masin sangat
tekap or sumbat dalam kelapa sampai padat, kira2 1/2 inci

bahan-bahan B
3 biji telur
1 cawan gula
1 cawan santan + pandan+ warna hijau
2 cawan tepung gandum
1/2 camca besar ovellette
1/2 camca teh baking powder

cara:
pukul telur dengan gula sampai kembang
masukkan baking powder, ovellette dan kacau sebati
masukkan santan dan kacau lagi
masukkan tepung dan kacau hingga sebati
tuang adunan ke dalam acuan yang berisi kelapa tadi
kukus selama 10- 15 minit

*** blend pandan dan santan serta warna hijau, tapis br masukkan ke dalam adunan

selamat mencuba

1 ulasan:

  1. aper nih...bg2 resepi....akaks nak makan gak yg mcam ony bwk ari tuh!!!!... ;p

    BalasPadam